CATATAN SETAHUN AKU BERSAMANYA…..
Hari2 menjelang 16.04.11…
Pejam celik, bergadoh berbaek, sedih dan ceria..suka duka..tk sangka dah setahun aku dan dia.. bersama..
Macam-macam lah yang dah jadi sepanjang satu tahun aku dan dia..
Aku dah plan yang terbaik untuk celebrate setahun aku dan dia..
Aku belikan hadiah untuk dia, sempena setahun aku dan dia dan birthday dia..hehe..
Aku cakap pada dia aku nak hadiahkan jam untuk dia…
Aku dan roommate aku pergilah ke summit….aku gi kedai jam replica..
Belek punya belek…nah!!! Guess AAA tuk dia..nak beli original terkentut aku..hahaha..
Dah beli jam..ternampak cincin silver, cantek.. firasat aku cincin ni ngam dengan jari dia…
Fikir punya fikir..beli je lah..leh wat surprise..walaupun bajet aku lari yang penting aku ikhlas nak hadiahkan tuk dia..
Harapan aku biarlah dia ingat sampai bebila..
15.04.11..
Aku decide naik KL pada malam tu..kalau gerak pada pagi 16.04.11, aku akan lewat..
Sampai je kat sane dah pukul 12.. masa masih panjang..tidur je lah kat bangku yang banyak kat situ..hehe..
Dalam hati aku tak sabar2 menantikan esok….
16.04.11…
Aku terjaga pukul 6 pagi…
Terus gi basoh muka dan gosok gigi..tk lupe gak tukar baju…
Dah settle..aku pun pergilah tunggu dia kat stesen ERL..
Sekian lama menunggu dia pun tiba..
Dengan berpimpin tangan.. haish..kami nek ktm untuk ke mid valley..
Sampai je..terus tengok wayang…
Sudah tengok wayang..gi makan..makan pizza..da lama tk makan bersama..hehe
Time tu dia bagi kad pada aku..aku terharu..walaupun ringkas tapi penuh ngan kasih syang dan keikhlasan…
Lepas makan aku dan dia lepak kejap kat bngku..aku pun pakaikan la jam tu pada dia..
Dia nampak gembira..aku suka..tapi maaflah tak ada bekas..mahal sangat..hehe
Kemudian main bowling.macam biasalah kalah je manjang…
Waktu makin pantas berlalu…tiba masa untuk bergerak pulang…
Aku ajak dia lepak kat TBS..aku mahu sarungkan cincin tu di jarinya..
Duduk je kat situ..aku pegang jarinye..dan ku saqrungkan cincin itu di jarinya..
Aku harap dia gembira..
Aku decide nk hantar dia ke putrajaya..
First time aku naik erl..laju..hehe
Sampai je di stesen erl putrajaya..mak dia da tunggu..
Kami berpisah disitu..entah bila dapat jumpa lagi..hati sayu je..
Aku pandang dia sehingga dia hilang dari pandangan mata aku..
Hmmmm……
Buat kekasihku..
Terima kasih atas segala-galanya..
Aku cinta dan syangkan kamu..
Kamu sudah memiliki cinta dan hatiku..
Aku milik kamu..
Maafkan aku, andai tak dapat berikan yang terbaik untuk kamu..
Kamu segala-galanya buat aku…
Selamat ulang tahun yang pertama untuk cinta kita..
Moga berkekalan hingga akhir hayat…
zidan dan eyqa.. dulu, kini, dan selamanya..
<3 ZDQA FOREVER <3

No comments:
Post a Comment