.CH3NT4 H4T1 K4M1.! »
Daisypath Anniversary tickers

http://chentahatizdaneyqa.blogspot.com/



Saturday, March 12, 2011

PERTEMUAN AKU DAN DIA <3

PERTEMUAN….

Selepas sekian lama ku dan si dia menanggung rindu…

Akhirnya aku dan dia bertemu……..

Alkisahnya..pada majilis konvo yang berlangsung pada 10/3/2011…..

Aku tidak berpeluang untuk menghadiri konvo tersebut…aku tak mampu untuk membayar yuran konvo..tak sampai hati nak bebankan ibu dan abah..

Jadi hanya kekasih ku sahaja yang menghadiri konvo tersebut…

Aku teringin untuk turun ke poli untuk berjumpa dengan kekasihku…tetapi kewangan aku tak mengizinkan aku…

Si dia sangat teringin untuk bertemu…begitu juga aku…

Si dia merayu kepada aku..agar datang…..

Alhamdulillah, rakanku yang kebetulan mahu ke konvo sudi mempelawaku ikut bersama untuk ke konvo…terima kasih banyak kepada EKIN sebab sudi tolong aku…

Akhirnya aku sampai juga ke polipd…

Aku rasa bersyukur dapat bertemu dengannya..hilang sudah segala kerinduan…

Kami berdua melepak di pantai batu empat..melepaskan rindu yang lama terpendam…

Pada hari konvo berlangsung aku menghantar dia ke konvo..jalan kaki je..hehe..

Bagi aku itulah momen yang terindah…ketika itu kekasihku kelihatan anggun dengan sepersalinan baju kurung berwarna biru….

aku pakaikan jubah dan mortar board di kepalanya…..

dalam hati ada juga rasa terkilan tak dapat merasai konvo..tapi tak mengapa..dapat melihat kekasih ku pu dah cukup bermakna…

selepas itu aku bergerak pulang…hatiku sayu…kurasakan pertemuanku sangat singkat…

aku akan merindukan dia kembali….

    

Kekasihku,

Terima kasih kerana banyak berkorban untuk aku,

Jujur aku merasa sangat gembira dan bahagia bersamamu….

Walaupun pertemuan kita hanya singkat…

Namun ianya sangat bermakna buat aku…..

Maafkan segala salah silapku…

Aku cinta dan sayangkan kamu…

Aku akan merindui kamu..

<3 zdqa forever <3


 

No comments: