Suda lama aku tidak updatekan blog ni……
Asyik sibuk sahaja sejak belakangan ini…..
Maka dengan adanya kesempatan ini aku updatekn blog ini…..
Aku mulakan dengan kisah ku semasa pulang ke kampung pada cuti semester yang lepas…..
Aku mahu pulang ke rumah…aku tidak mahu naik bas kerana aku mahu naik kereta api….
Oleh sebab itu aku turun ke kluang untuk menaiki kereta api…dalam hati aku sngguh gembira kerana ini adalah kali pertama aku menaiki kereta api dari Johor…
Hujan yang lebat selama beberapa hari sebelum tarikh aku berangkat pulang menggusarkan aku….
Ya!! Aku risau kerana daerah aku melanjutkan pelajaran ini selalu dilanda banjir….
Tetapi aku optimis. Aku yakinkan diri dan memohon agar tiada apa yang terjadi dalam perjalanan ku nanti….
Aku sanggup berbohong dengan abah kononnya ada aktiviti di universiti…..padahal aku memang sengaja balik hari ahad semata-mata mahu menaiki kereta api…
Saat yang ku tunggu akhirnya tiba jua…..
Aku telah pun tiba di stesen kereta api kluang untuk menaiki kereta api…di stesen ini ada sebuah kopitiam yang terkenal dengan kopi dan roti bakarnya yang enak..
Aku tk dapat nk merasa keenakan roti bakar di kopitiam itu kerana kesempitan wang….ya!! itulah masanya aku hanya mempunyai rm 10 di dalam poket aku..hahaha…
Tetapi akhirnya perjalanan kereta api aku di batalkan kerana banjir yang teruk di segamat…..
Aku kecewa..tapi apakan daya…benda dah jadi..maka dengan itu aku refund tiketku lalu pulang semula ke b.pahat untuk membeli tiket bas untuk esok hari……hanya hari isnin shaja aku pulang ke rumah…begitulah kisah nya……hmmmmm…..

No comments:
Post a Comment